Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Berhenti Atau Cuti, NUJ...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) Cawangan Utusan Melayu...

PJJ UUM Secara Dalam...

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) akan melaksanakan program Pendidikan Jarak Jauh...

Malaysia Raih Emas Pertama...

KUALA LUMPUR - Gimnas wanita negara meraih emas dalam acara berpasukan pada Sukan...

Kes Altantuya: Azilah Dan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengetepikan keputusan membebaskan dua anggota Unit Tindakan...

Liga M: Tiada Penaja, Kelantan Mungkin Tarik Diri

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkemungkinan menarik diri daripada Liga Malaysia 2017 sekiranya terus gagal mendapat penajaan.

Naib Presiden KAFA Datuk Rosmadi Ismail berkata persatuan berkenaan akan membuat keputusan minggu depan untuk kekal beraksi dalam liga itu atau sebaliknya.

“Jika kami masih tidak menerima sebarang perkembangan positif berkaitan penajaan, kemungkinan pasukan Kelantan tidak beraksi pada saingan Liga Malaysia musim depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Rosmadi berkata masalah penajaan itu perlu diselesaikan secepat mungkin supaya KAFA dapat membuat perancangan untuk pasukan Kelantan.

“Jika masalah penajaan tidak diselesaikan, kami tidak sanggup teruskan penyertan (pada Liga Malaysia) dalam keadaan persatuan tidak mempunyai dana kerana selepas ini mungkin banyak perkara akan timbul seperti masalah bayaran gaji kepada pemain,” katanya.

Beliau berkata KAFA ada membuat rundingan dengan beberapa pihak untuk penajaan tersebut namun masih belum dimuktamadkan.


Selain kemelut penajaan, KAFA juga menghadapi masalah ketiadaan presiden baharu bagi menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang melepaskan jawatan berkenaan, November lepas.

Kelantan juga terpaksa menghadapi kemelut penghijrahan hampir kesemua kesebelasan utama mereka musim ini yang menyertai pasukan lain.

Pasukan Red Warriors kini bergantung kepada pemain muda dan beberapa pemain berpengalaman yang masih setia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori