Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Perlu Bayar...

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Wan Kamaruzaman Wan Ahmad memberi kenyataan...

Bajet 2015: Bantuan Persekolahan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah...

Pelajar UUM Lemas Mandi...

ALOR SETAR – Seorang penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) ditemui lemas ketika menyertai...

Menteri Pergi Sekolah Kerana...

PETALING JAYA - Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau “kagum” dengan...

LHDN Pahang Tingkat Kerjasama Dengan Agensi

KUANTAN – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Pahang akan meningkatkan kerjasama dengan pelbagai agensi lain dalam usaha melancarkan tugas dan tanggungjawab mengutip cukai dengan cekap.

Pengarah LHDN Pahang Datuk Mat Lazim Salleh berkata langkah itu amat dititikberatkan kerana agensi kerajaan dan swasta berupaya menyalurkan maklumat berguna yang diperlukan oleh LHDN bagi memudahkan proses mengutip cukai.

“Pelbagai agensi contohnya Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP), Jabatan Audit atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu memberikan maklumat berguna kepada kita dalam menyempurnakan tugas mengutip cukai.

“Tidak dinafikan kami saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas mengikut skop agensi masing-masing,” katanya ketika berucap pada Majlis Iftar dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ramadan peringkat negeri di Menara CDO di sini, semalam.


Pada majlis itu, Mat Lazim menyampaikan sumbangan kepada 27 pelajar tahfiz daripada Maahad Tahfiz Muhammadi Bukit Rangin di sini dan golongan asnaf daerah ini. – BERNAMA

Kategori