Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan Pahang,...

Peguam Negara Teliti RUU...

Bangi : Draf akhir Rang Undang-Undang (RUU) larangan merokok dan milikan produk merokok...

Instant Aufa BBC, Tudung...

PEMILIHAN jenis tudung dan pemakaian hijab sering menjadi persoalan utama dalam diri setiap...

Broker, Ejen Warga Asing...

KUALA LUMPUR: Broker atau ejen warga asing sukar dibanteras dan akan cuba sedaya...

Lewat Bayar Gaji Pekerja, Syarikat Kontraktor Pembersihan Didakwa

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat kontraktor pembersihan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas 12 pertuduhan termasuk gagal membayar gaji kepada dua pekerja warga Indonesia mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pengarah Syarikat Perfect Three Corporation Sdn Bhd, Mohd Husaini Mohd Zin, 37, selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Wong Chai Sia atas kesemua pertuduhan yang didakwa dilakukan di Jalan Orkid 9, Taman Orkid, Cheras di sini pada pukul 10.05 pagi, 30 Julai lepas.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keempat, OKS sebagai majikan didakwa gagal mematuhi tempoh pembayaran gaji pada bulan Jun lepas kepada dua pekerjanya, Sudarmaji, 37, dan Jumyati, 43, serta gagal menyediakan kontrak secara bertulis kepada kedua-dua pekerja itu.

Bagi pertuduhan kelima dan keenam, lelaki itu dituduh gagal mendapatkan kebenaran ketua pengarah untuk menyimpan daftar pekerja di ibu pejabat syarikatnya.

Pertuduhan ketujuh dan ke-10 dia didakwa gagal memberikan salinan penyata gaji bagi bulan Jun lalu kepada Sudarmaji dan Jumyati serta didakwa membuat bayaran gaji bulan berkenaan (Jun) kedua-dua pekerja itu secara tunai tanpa kebenaran bertulis daripada mereka.

Bagi 10 pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 19(1) Akta Kerja 1955 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 99A akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan ke-11 dan ke-12, OKS dituduh gagal membayar gaji pokok minimum sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Gaji Minimum 2016 iaitu sebanyak RM1,000 bagi bulan Mei lalu kepada kedua-dua pekerja warga asing itu.


Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 43 Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap pekerja, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Norhaslynda Ab Razak manakala Mohd Husaini tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes.

Difahamkan, syarikat itu tidak membayar gaji kepada sekumpulan pekerjanya menyebabkan pekerja-pekerja itu yang bekerja di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur melancarkan mogok Julai lalu sehinggakan pada 29 Julai lepas kira-kira 200 kakitangan, pegawai dan hakim termasuk Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjum menjalankan gotong-royong membersihkan kompleks berkenaan.

Bagaimanapun, syarikat itu membayar kesemua gaji pekerja mereka. – BERNAMA

Kategori