Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Calon BN Berwibawa Diyakini...

RAUB: Barisan Nasional (BN) mengetengahkan calon berwibawa yang akan bertanding secara sihat di...

Corak Khas Pesawat A320...

JOHOR BAHRU - Kumpulan Greenland sedang mempromosikan pembangunan pesat di Johor Bahru sebagai...

Kenapa Wanita Malaysia Susah...

BUAT insan yang bergelar wanita di luar sana, percayalah, tips diet yang paling...

[BAJET 2023] RM55 Billion...

PETALING JAYA : Bajet 2023 memperuntukkan RM55 billion untuk subsidi, bantuan dan insentif...

Lesen Sementara Buat 32 Penternak Kerapu Haram

BESUT – Seramai 32 penternak ikan kerapu yang menjalankan kegiatan secara haram di Besut akan diberikan lesen sementara oleh kerajaan negeri tahun ini bagi membolehkan mereka menternak secara sah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pengurusan Perladangan dan Komoditi negeri Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata pihaknya telah mengenal pasti kesemua penternak berkenaan yang beroperasi di kawasan Pengkalan Nyireh itu.

“Kerajaan negeri yakin dapat membantu penternak berkenaan yang majoritinya terdiri daripada kalangan belia, menternak ikan kerapu dengan lebih bersistematik dan terkawal bagi menghasilkan ikan kerapu yang berkualiti untuk dipasarkan,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Hari Raya Veteran DUN Jertih di Dewan Terbuka Penyelaras DUN Jertih di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau meminta tiga agensi kerajaan iaitu Majlis Daerah Besut, Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar supaya menyediakan garis panduan agar projek yang bakal dilaksanakan itu tidak akan menjejaskan prosedur jabatan masing-masing.

Beliau berkata, kerajaan negeri memberikan tempoh sebulan kepada ketiga-tiga agensi kerajaan itu untuk membuat garis panduan supaya ia dapat dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan, termasuk tidak menimbulkan masalah pencemaran kepada alam sekitar pada masa depan.


Muhammad Pehimi berkata selepas semua prosedur digariskan, barulah kesemua 32 penternak yang selama ini menjalankan aktiviti mereka secara haram dapat diberikan kebenaran sementara oleh kerajaan negeri bagi membolehkan mereka menternak ikan kerapu.

Beliau seterusnya mempelawa golongan belia di seluruh negeri ini yang berminat menceburkan diri dalam sektor pertanian tetapi tidak mempunyai kawasan atau tanah boleh memohon bagi mendapatkan kebenaran daripada kerajaan negeri.

Katanya, golongan belia hanya dikehendaki mengenal pasti kawasan yang ingin mereka terokai sebelum memohon kebenaran bagi mendapatkan lesen sementara mengusahakan kawasan atau tanah berkenaan untuk tujuan pertanian. – BERNAMA

Kategori