Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PR1MA HAVEN Tawar Diskaun...

KUALA LUMPUR - Pemilik rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan mereka yang berdaftar...

Wanita Warga Emas Rentung...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga emas rentung setelah terperangkap dalam kebakaran rumahnya...

Mangsa Banjir Di Pekan...

KUANTAN - Seramai 102 mangsa banjir masih berada di dua pusat pemindahan sementara...

Wanita Kesal Pemandu ‘Curi’...

Bukan sekali dua kita mendengar isu pemandu normal meletakkan kenderaan mereka di parking...

Lepas Harimau Gajah Pula

JERANTUT – Selepas dikejutkan dengan kehadiran harimau dahan yang menyorok di bawah rumah peneroka Isnin lalu, penduduk di FELDA Kota Gelanggi 3, di sini, digemparkan pula dengan kehadiran kumpulan gajah liar yang memusnahkan tanaman serta kebun milik mereka.

Kejadian itu disedari penduduk di blok satu FELDA berkenaan, kelmarin apabila mereka keluar ke ladang masing-masing dan terkejut melihat 150 pokok sawit serta 200 tanaman lain seperti pisang, ubi kayu dan durian musnah.

Peneroka, Razali Long, 68, berkata, gajah itu dipercayai datang dari kawasan Hutan Simpan Lepar berhampiran dan menceroboh ladang milik penduduk untuk mencari makan.

“Kami menanggung kerugian dan hanya mampu melihat pelbagai tanaman diusahakan seperti pisang dan ubi kayu yang boleh dijual dimusnahkan haiwan berkenaan.

“Lebih membimbangkan kami berdepan ancaman keselamatan kerana sering melihat kelibat seekor gajah dan anaknya berkeliaran di ladang pada sebelah pagi sehingga mengganggu rutin harian kami mengait dan memunggah sawit,” katanya.

Katanya, masalah pencerobohan haiwan liar itu sebelum ini pernah berlaku beberapa kali dan mereka sudah memaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan anggotanya datang namun hanya menghalau gajah berkenaan.

Pekerja ladang, Mustaqim Mehat, 21, berkata, dia pernah terserempak dengan dua gajah ketika berada di ladang dan membunyikan hon motosikal untuk menghalau namun haiwan berkenaan tidak mengendahkannya.


“Gajah dan haiwan liar lain kerap menceroboh ladang di FELDA berkenaan memandangkan banyak sumber makanan. Difahamkan, minggu lalu ada juga kumpulan gajah menceroboh ladang di Kampung Bukit Rang Dua dan memusnahkan tanaman nangka madu,” katanya.

Katanya, penduduk berharap PERHILITAN memantau kejadian pencerobohan haiwan liar itu dengan segera supaya peneroka boleh melakukan rutin harian mereka di ladang itu semula.

“Memandangkan pencerobohan gajah liar sering berlaku di banyak tempat di daerah ini, PERHILITAN perlu mewujudkan santuari gajah di Taman Negara Kuala Tahan supaya haiwan ini dapat hidup di habitatnya dan tidak menimbulkan konflik dengan manusia.

“Usaha ini lebih relevan dan menjimatkan kos berbanding kerja pemindahan gajah ke tempat lain, malah santuari itu juga dapat menjadi tarikan pelancong ke Taman Negara seperti yang wujud di Kuala Gandah, Lanchang,” katanya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori