Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Maut Kereta Terbabas...

SIBU - Dua maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki terbabas...

PDRM Umum Pertukaran 4...

KUALA LUMPUR - Polis DiRaja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat lagi...

Indonesia Akan Kasi Pesalah...

PARLIMEN Indonesia pada Rabu lalu mengundi untuk bersetuju agar undang-undang ketat diperkenalkan ke atas...

Kompaun Lebih Tinggi Bagi...

PUTRAJAYA: Tindakan undang-undang tegas dan kompaun lebih tinggi akan dikenakan kepada pesalah yang...

TH Agih Zakat RM60 Juta Bagi Tahun 2016/17

PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengagihkan zakat mengikut negeri-negeri berjumlah RM60 juta bagi tahun 2016/17, melebihi jumlah zakat sebanyak RM57 juta pada 2015/16.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Johan Abdullah berkata jumlah zakat tersebut adalah berdasarkan jumlah sumbangan pendeposit dari setiap negeri, dengan Selangor merupakan negeri dengan jumlah terbanyak, diikuti Wilayah Persekutuan, Johor dan Kedah.

“Semua negeri telah diagihkan melalui pusat pungutan zakat negeri masing-masing,” kata beliau kepada pemberita pada majlis sumbangan zakat Program Ehsan TH, di sini hari ini.

Untuk Program Ehsan TH sahaja, TH memperuntukkan zakat sebanyak RM975,000, yang disasarkan kepada 1,941 asnaf fakir dan miskin di seluruh negara.

“Program Ehsan TH yang kita adakan hari ini adalah salah satu daripada program tanggungjawab sosial korporat TH bersempena bulan Ramadan, bertujuan untuk membantu ibu dan bapa tunggal, warga emas dan orang kurang upaya daripada golongan asnaf fakir miskin di seluruh negara,” katanya.


Beliau juga berkata program ini merupakan platform terbaik buat TH mendekati para penerima, selain mengeratkan lagi ikatan silaturrahim dengan komuniti setempat.

Selain Program Ehsan, TH turut sedang melaksanakan Program Ziarah Kasih Ramadan Al Mubarak 2017 yang dikendalikan Yayasan TH di 50 lokasi seluruh negara sempena Ramadan tahun ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

Kategori