Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anthony Keluar WARISAN Tidak...

KOTA KINABALU : Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony...

Simbah Murid Dengan Air...

KEJAM…malang menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun apabila dia disimbah dengan air...

Sengaja Rempuh Tiang Demi...

JAKARTA : Tular dalam media sosial sebuah video yang menunjukkan sebuah kereta rasmi...

Mayat Lelaki Myanmar Dengan...

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati dengan beberapa kesan kelar...

Lemah, Muntah Darah Sebelum Meninggal Dunia

KUANTAN – Bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia malam tadi akibat pendarahan di kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian pengasuhnya.

Mohamad Haziq Izzudin Mohd. Safari meninggal dunia kira-kira 11.50 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ibu mangsa mendapat panggilan telefon daripada pengasuhnya pada 10.30 pagi Rabu lalu yang memaklumkan anaknya tersedak susu.

“Sebaik tiba di rumah pengasuh, ibu mangsa mendapati bayinya dalam keadaan lemah dan muntah darah serta terdapat kesan benjol di belakang kepalanya.

“Ibu mangsa membawa bayinya ke hospital swasta sebelum dipindahkan ke HTAA petang semalam berikutan keadaanya semakin kritikal.


“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada 11.50 malam tadi,” katanya. – myMetro Online

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori