Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bank Miliki Fleksibiliti Untuk...

KUALA LUMPUR – Pihak bank memiliki fleksibiliti untuk menentukan sumber pendapatan dan hutang...

Robot Jadi Teman Hidup...

ISUMI - Asap setanggi berkepul-kepul keluar daripada sebuah kuli Buddha, manakala Sami membacakan...

Naikkan Gaji Jika Mansuh...

SHAH ALAM - Sekiranya kerajaan berhasrat memansuhkan skim lantikan tetap dan berpencen, gaji...

Guna Media Sosial Secara...

KUCHING - Masyarakat harus berhemah dan bertanggungjawab sebelum menyalurkan sesuatu maklumat di media...

Lelaki Terlibat Kemalangan Meninggal Dunia

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki yang van dipandunya dirempuh sebuah bas ekspres di persimpangan Jalan Salleh, dekat Muar pagi ini, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Zaharudin Rasip berkata bas ekspres itu dipercayai tidak berhenti semasa lampu isyarat berwarna merah dari arah Bandar Muar menghala ke Bukit Pasir di lampu isyarat persimpangan Jalan Salleh, dekat Muar.

Beliau berkata kemalangan yang berlaku pada pukul 10.15 pagi itu juga mengakibatkan bas berkenaan hilang kawalan lalu terbabas ke arah laluan bertentangan dan merempuh lapan buah kenderaan lagi yang sedang menunggu isyarat lampu hijau.

“Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai How Seow San, 53, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Kejadian juga mengakibatkan seorang pemandu lori, Mohd Shahidan Hamir Han cedera parah di bahagian kaki kiri dan kanan dan kini sedang dirawat di hospital yang sama.

Pemandu bas yang tidak mengalami sebarang kecederaan merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 49 tahun dan kini sedang ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kenderaan lain yang terlibat dalam kejadian berkenaan adalah enam kereta dan dua lori serta tiada kecederaan lain dilaporkan.


Katanya hasil pemeriksaan polis di lokasi kemalangan mendapati ia adalah jalan persimpangan berlampu isyarat dan semasa kejadian lampu isyarat berfungsi dengan baik.

“Ketika kejadian, jalan raya tidak sibuk dan cuaca pada ketika itu adalah baik,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Kategori