Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Imigresen Kedah Tahan 25...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 25 pendatang asing tanpa izin (PATI)...

Nenek Lapan Cucu Bakal...

NENEK lapan cucu bakal menjadi ibu tertua kepada anak kembar empat di United...

Kempen Turun Harga Tidak...

KUALA LUMPUR - Kempen Penurunan Harga yang bermula pada 2008, tidak terhad kepada...

Kemboja Bebaskan 47 Rakyat...

KUALA LUMPUR - Semua 47 warga Malaysia yang ditahan di Penjara Provinsi Banteay...

Lelaki Samun Hotel Bajet, Cederakan Pekerja Ditahan

BUTTERWORTH – Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun hotel bajet di sekitar bandar raya ini diberkas polis dalam serbuan di sebuah rumah di Pangsapuri Sri Melur, Jalan Raja Uda di sini empat hari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata suspek berusia 20 tahun dan tidak bekerja tersebut ditahan kira-kira 8.30 malam hasil maklumat awam dan risikan.

“Polis menerima beberapa laporan berhubung kejadian samun hotel bajet termasuk yang terbaharu pada 22 Dis lepas iaitu membabitkan dua buah hotel (bajet) di Jalan Raja Uda di sini dipercayai disamun lelaki yang kami tahan itu.

“Dalam kejadian pertama iaitu kira-kira 1.15 pagi, seorang lelaki yang memakai topi telah masuk ke dalam hotel bajet itu dan meluru ke bahagian kaunter serta mengeluarkan pisau dan mengacukannya ke arah pekerja lelaki di situ (kaunter),” katanya di sini hari ini.

Katanya suspek itu turut bertindak menikam tangan, bahu serta kepala pekerja itu sambil mengarahkan mangsa membuka laci dan menyerahkan wang yang ada di dalamnya.

Noorzainy berkata mangsa bertindak menyerahkan wang sebanyak RM60 kepada lelaki itu namun dia tidak berpuas hati dan terus menikam kepala pekerja berkenaan sebelum melarikan diri.

Katanya setengah jam selepas kejadian itu, lelaki sama turut menyamun sebuah lagi hotel bajet yang terletak tidak jauh dari lokasi insiden pertama dan suspek turut bertindak mencederakan pekerja di situ menggunakan pisau.


“Lelaki itu meluru masuk ke bahagian lobi hotel dan mengacukan pisau di leher pekerja di situ sebelum ditepis dan suspek bertindak menikam tangan mangsa dan mengambil wang tunai sebanyak RM700 serta sebuah telefon bimbit sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua pekerja hotel yang cedera dalam dua kejadian berkenaan mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya sebelum membuat laporan polis.

Katanya lelaki yang ditahan itu mengaku terlibat dalam kes berkenaan dan dia yang juga mempunyai empat rekod lampau. – BERNAMA

Kategori