Lelaki Rentung Ditemui Dalam Rumah Yang Musnah Terbakar

KINABATANGAN – Seorang lelaki rentung dalam satu kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Pinangah, Tongod, semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Rosmadian Majid berkata mangsa dikenali sebagai Ahmadian Bin Mohd Zafri, 28.

Katanya laporan mengenai kebakaran itu diterima pada pukul 12.46 tengah hari tetapi jarak lokasi kejadian sejauh 180 km dari Kinabatangan menyebabkan anggota bomba tiba pada pukul 3.57 petang.

Sebuah jentera bersama empat anggota dihantar ke lokasi kejadian dan setibanya di situ api sudah memusnahkan keseluruhan rumah dan api dikawal pada pukul 4.01 petang, katanya.

Beliau berkata pemeriksaan di lokasi kejadian menemui mayat seorang mangsa yang rentung dan kes itu diserahkan kepada pihak polis.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9YBFcBNWxmw[/wpdevart_youtube]