Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Pemberian Khas Sabah Dinaikkan

PETALING JAYA : Amaun pemberian khas baharu kepada Sabah dinaikkan sebanyak 4.7 kali...

1MDB Kini Bebas Hutang...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat diberitahu, firma pembangunan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad...

Dua Maut, Tiga Parah...

BENTONG: Perjalanan pulang ke kampung lima sekeluarga berakhir tragedi selepas dua orang daripada...

Pelarian Rohingya Saman Facebook...

LOS ANGELES, California – Pelarian Rohingya menyaman Facebook sebanyak AS$150 bilion (RM634.5 bilion)...

Lelaki OKU Tikam Rakan Direman 7 Hari

SHAH ALAM – Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU), yang disyaki menikam rakan baiknya sehingga menyebabkan kematiannya di sebuah rumah di Klang semalam, direman tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata siasatan awal mendapati suspek berumur 51 tahun itu mempunyai empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah kekerasan.

“Hasil ujian air kencing menunjukkan suspek, yang tiada pekerjaan tetap itu, positif dadah jenis syabu serta heroin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kejadian itu berlaku di rumah suspek, yang tinggal seorang diri sejak lapan tahun lepas.

Soal siasat mendapati suspek menjadi OKU sejak berumur 18 tahun apabila kaki kanannya terpaksa dipotong akibat kemalangan.

Shamsul Amar berkata mangsa, yang tinggal kira-kira 500 meter daripada rumah suspek, turut mempunyai 12 rekod kesalahan lampau berkaitan dadah, keselamatan awam dan rusuhan.


Dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam, mangsa berumur 55 tahun itu ditikam di dada menggunakan senjata tajam dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dua jam kemudian, polis menahan suspek di rumahnya dan menjumpai sebilah pisau yang masih mempunyai kesan darah.

Siasatan awal mendapati insiden itu berlaku dipercayai akibat suspek kurang senang dengan tindakan mangsa yang sering mengejek fizikalnya yang kudung kaki kanan, katanya. – BERNAMA

Kategori