Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dakwaan DAP Johor Sekadar...

JOHOR BAHRU – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru hari ini membidas kenyataan...

Presiden Filipina Isytihar ‘Huru-Hara’,...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini mengisytiharkan 'keadaan huru-hara' di negara...

Kedah Catat Penurunan 9%...

ALOR SETAR - Kedah mencatat penurunan kes demam denggi sebanyak 9 peratus iaitu...

Khalid Ibrahim Percaya Mahkamah...

KUALA LUMPUR - "Saya percaya kedua-dua pihak telah diberi ruang secukupnya untuk memberi...

Lelaki Nepal Maut Ditikam Rakan Senegara

NIBONG TEBAL – Seorang pekerja kilang rakyat Nepal mati ditikam dalam pergaduhan di sebuah rumah di Flat Taman Seruling Emas, di sini malam tadi, menurut polis.

Dalam kejadian pada 9.30 malam itu, Rana Kamal Ram, 37, ditikam di leher dengan sebilah pisau dan mati di tempat kejadian, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafee Abdul Samad.

Beliau berkata seorang lelaki Nepal berusia 32 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

“Mangsa menyewa di rumah itu bersama tiga lagi rakan senegaranya dan mereka dilapor minum minuman keras sebelum berlaku pertengkaran. Pada mulanya berlaku pertengkaran mulut dan berlarutan kepada tampar menampar sebelum suspek menikam mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Shafee berkata dua lagi lelaki yang tinggal di rumah itu cuba meleraikan pergaduhan itu tetapi gagal kerana suspek turut mengacukan pisau ke arah mereka dan menggugut akan mencederakan jika masuk campur.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori