Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelancong China Dikecualikan Visa...

KUALA LUMPUR - Mulai 1 Januari ini para pelancong dari negara China dikecualikan...

8 Penagih Ditahan Setelah...

TELUK INTAN - Lapan penagih dadah berumur lingkungan antara 40 hingga 50 tahun...

Sambutan Ulang Tahun Kelahiran...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah merakamkan penghargaan...

Mangsa Culik Di Perairan...

KOTA KINABALU - Pemilik pukat tunda yang diculik di Perairan Pulau Gaya, Semporna...

Lelaki Mesir Berbasikal 5,000km Ke Moscow

MOHAMED ‘Ibn Nufal’ Nufal, 24, memulakan kayuhan hari ini, berbasikal sejauh 5,000 kilometer dari Dataran Tahir di Kaherah, ke Rusia bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia.

Mohamed berazam berbasikal ke Moscow selepas Mesir buat pertama kali berjaya layak ke pusingan akhir Piala Dunia di Moscow yang bermula 14 Jun ini, selepas 28 tahun.

Dia merancang berbasikal melalui Jordan, Bulgaria, Romania, Moldova dan Ukraine sebelum menaiki pesawat melewati Syria dan Iraq berikutan perang di negara itu.

Mohamed membawa bersamanya alat ganti basikal, telefon tambahan, bateri dan peralatan berkhemah jika gagal menemui asrama atau mereka yang sudi membenarkannya tumpang bermalam.

“Ia lebih kepada keazaman dan pengembaraan. Jika mengenai Piala Dunia, saya boleh terbang ke sana. Melalui cara ini, saya boleh mendapat pengalaman baru,” katanya. – Reuters/myMetro Online

Kategori