Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Tuduhan Dana 1MDB Masuk...

SUSULAN dakwaan Wall Street Journal bahawa sejumlah wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah...

Simpan Motosikal Curi, Pengawal...

KUALA LUMPUR - Akibat menyimpan sebuah motosikal curi, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman...

Kampung Baru: RM1,000 Sekaki...

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengemukakan tawaran terakhir kepada pemilik tanah di Kampung Baru...

JICA Kaji Sisa Makanan...

KUALA LUMPUR - Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) kini menjalankan kajian kemungkinan untuk...

Lelaki Mengamuk Rempuh Rumah Tanpa Sebab

DUNGUN – Tanpa diketahui hujung pangkalnya, seorang lelaki mengamuk merempuh sebuah kediaman dan kereta milik sebuah keluarga dengan lori di Rumah Murah Nibong di sini, malam tadi.

Tindakan lelaki tidak dikenali itu menceroboh dan merosakkan barangan dalam rumah berkenaan mengejutkan keluarga pemiliknya.

Menantu pemilik rumah, Khairul Anuar Ghazali, 31, bersama isteri, ibu mentua dan ahli keluarga lain menghadiri kenduri di Kemaman ketika kejadian jam 7.30 malam itu.

Beliau terkejut apabila dihubungi beberapa jiran yang memaklumkan kejadian berkenaan lalu bergegas pulang ke rumah.

“Jiran kami memberitahu, lelaki itu memandu lorinya dan merempuh pagar rumah tanpa sebab.

“Dia turut memecahkan cermin lori dan kereta yang diletak dalam kawasan rumah.

“Kami sekeluarga tidak kenal lelaki itu. Saya amat terkejut apabila mendapati lori saya dan kereta biras turut dirosakkan,” katanya.

Khairul membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dungun kira-kira jam 9 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata suspek ditangkap sejurus pihaknya menerima laporan.


Katanya, ujian air kencing mendapati suspek berusia 40 tahun itu positif ganja manakala motif kejadian masih disiasat.

“Siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai penghantar kelapa datang dari Kuantan, Pahang untuk menghantar bekalan.

“Mungkin berang tidak menemui lokasi sepatutnya, suspek yang berada di bawah pengaruh dadah mengamuk di rumah mangsa.

“Kita akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.

Ahmad Zailani berkata, siasatan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan kes dadah. – BH ONLINE

Kategori