Lelaki Maut Kereta Bertembung Lori Di Bintulu

MIRI – Seorang lelaki maut dalam kemalangan setelah kenderaan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori membawa barang di Jalan Batu 6, Bintulu awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Di-Hata Gobel berkata, mangsa yang dikenali sebagai Jimbun Uguom, 44, meninggal dunia di tempat kejadian setelah tersepit di bahagian tempat duduk pemandu kereta jenis Perodua Viva.

Lelaki Maut Kereta Bertembung Dengan Lori Di Bintulu

Lelaki Maut Kereta Bertembung Dengan Lori Di Bintulu

“Pemandu lori yang dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan itu telah melarikan diri sejurus kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Di-Hata berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Panggilan mengenai insiden tersebut diterima pada 4.30 pagi dan operasi tamat 5.14 pagi. – BERNAMA

Loading...