Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Calon Umur 18 Tahun...

KUALA LUMPUR - Mengundi pada usia 18 tahun masih boleh diterima namun menjadi...

Loji Langat 2 Perlu...

SHAH ALAM - UMNO Selangor mahu projek pembinaan loji rawatan air Langat 2...

Dua ADUN Dilantik, Seorang...

ARAU - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis dilantik sebagai Ahli Majlis...

Belum Ada Keputusan Cukai...

KUALA KANGSAR - Belum ada sebarang keputusan untuk mengenakan cukai terhadap minuman bergula,...

Lelaki Maut Ditikam Di Pusat Karaoke

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 22 tahun maut ditikam di leher selepas dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat karaoke di Kampung Baru, Sungai Buloh, Selangor awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata dalam kejadian kira-kira 3.15 pagi itu, polis menerima panggilan daripada orang awam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati berlaku pergaduhan antara sekumpulan lapan lelaki, namun punca pergaduhan masih belum diketahui dan sedang disiasat.

“Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu, polis percaya suspek menggunakan pisau lipat untuk menikam mangsa, namun tiada sebarang senjata tajam ditemui setakat ini.


“Mangsa disahkan maut setelah tiba di Hospital Sungai Buloh. Susulan kejadian itu, dua adik beradik (lelaki) berusia 19 dan 21 tahun ditahan untuk membantu siasatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori