Lelaki Kena Tetak Ketika Keluar Duit Di Mesin ATM

PERHATIAN… sila berhati-hati semasa berurusan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Ini kerana seorang lelaki tidak hanya menjadi mangsa rompakan malah cedera ditetak ketika sedang menyemak baki akaunnya di ATM yang terletak di Kota Damansara, Selangor semalam.

Kejadian pukul 6.30 petang itu mengakibatkan mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan menahan kesakitan sambil menunggu bantuan tiba.

Gambar kejadian ini dikongsikan di Facebook Daily Traffic Report selepas didakwa diterima daripada seorang saksi di tempat kejadian.

11046953_801783663204185_5512602120677729152_n 11044512_801783649870853_9074603621222082193_n

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, perompak itu sempat memaksa mangsa mengeluarkan RM1,000 dari mesin ATM.

“Selepas mengambil tunai, perompak cuba merebut kad ATM mangsa hingga berlaku pergelutan. Perompak sempat menetak mangsa beberapa kali sebelum melarikan diri,” katanya.

Tambahnya, penjenayah dipercayai melarikan diri dengan menaiki motosikal rakannya yang sedia menunggu di luar tempat kejadian.

Mangsa yang merupakan perunding IT dikejarkan ke hospital dan terpaksa menerima jahitan di kepala dan tangan akibat kecederaan dialami.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=8zBfqyMlJnE

Leave a Reply