Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Hidu Kecurangan Suami...

SEORANG wanita muda telah `menangkap’ kecurangan suaminya, yang merupakan seorang pensyarah di sebuah...

Dorsett Putrajaya Raikan 34...

PUTRAJAYA - Dorsett Putrajaya hari ini meraikan 34 kanak-kanak daripada rumah anak yatim...

Pelaksanaan GST Semakin Stabil...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak 1 April lalu didapati...

Tentera Selamatkan Tebusan Warga...

MANILA - Seorang kru kapal warga Vietnam yang menjadi tebusan militan Abu Sayyaf...

Lelaki Ditemui Mati Berlumuran Darah Di Klang

KLANG – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di Jalan Sanggul 1F, Bandar Puteri, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Alzafny Ahmad berkata mangsa yang memakai kemeja petak biru serta berseluar jeans hitam itu ditemui orang awam kira-kira pukul 8 pagi di belakang deretan kedai di jalan berkenaan.

“Siasatan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala, lengan dan beberapa bahagian anggota badan lain dipercayai dipukul menggunakan senjata tajam dan tumpul.

“Mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dalam tempoh kurang 24 jam sebelum dicampak ke lokasi mayatnya dijumpai berdasarkan tiada unsur pergelutan di kawasan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Beliau berkata mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori