Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Grenad Ditemui Dalam Tandas...

BUKIT MERTAJAM - Polis meletupkan satu bungkusan hitam dipercayai mengandungi grenad yang ditemukan...

SPRM Cari 2 Individu...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu yang...

PRN Johor : Kerusi...

PETALING JAYA – Satu-satunya kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi Pas pada...

10 Makanan Yang Boleh...

SETIAP kanak-kanak yang membesar pasti sudah banyak kali dinasihatkan untuk makan buah-buahan dan...

Lelaki Ditemui Lemas Di Sungai Melaka

MELAKA – Seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Melaka, Jalan Bunga Raya Pantai di belakang Hospital Putra di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad berkata hasil maklumat orang awam, pihak Bomba dan Penyelamat menemui mayat lelaki itu, yang lengkap berpakaian kemeja T dan berseluar panjang, dalam keadaan meniarap.

“Seorang lelaki dan teman wanitanya yang duduk di tebing sungai itu ternampak satu kepala dalam keadaan tenggelam timbul sebelum menghubungi talian 999 pada 5.30 petang, semalam.

“Siasatan awal menunjukkan tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Mayat mangsa berumur 45 tahun itu dihantar ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Afzanizar berkata pihaknya sedang berusaha mengesan waris lelaki itu, yang alamat terakhirnya adalah di Berek Kastam, Jasin dekat sini. – BERNAMA

Kategori