Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Zahid Nafi Perbualannya Bersama...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan adanya...

Demi Beraya Dengan Stacy,...

BULAN lalu, penyanyi Akim Ahmad pernah mengumumkan akan menunaikan umrah bersama kumpulan The Majistret...

Ahli Perniagaan ‘Belanja’ Minyak...

KUANTAN - Kalangan penunggang motosikal tidak melepaskan peluang mendapatkan petrol percuma di Stesen...

Tom Yam Thai Yang...

Bahan Pes Tom Yam:7 ulas bawang merah 1/2 biji bawang besar 3 biji cili merah 10...

Lelaki Ditahan Tetak Jiran Guna Cangkul

BUTTERWORTH – Seorang lelaki cedera parah ditetak dengan sebatang cangkul oleh jirannya dalam satu pertengkaran di rumah mangsa di Kampung Manggis di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata isteri mangsa melaporkan kejadian itu kepada polis setelah melihat tangan kanan suaminya cedera parah akibat ditetak dengan cangkul oleh jirannya.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki berusia 34 tahun itu telah datang ke rumah mangsa lalu merosakkan kotak fius elektrik dan paip air rumah sebelum dia memaki hamun mangsa sambil memegang cangkul sebelum menghayunnya terkena tangan kanan mangsa.

“Sebelum kejadian itu mangsa telah membuat laporan polis kerana suspek mengugut hendak mencederakannya menggunakan sebilah parang dipercayai berpunca perselisihan faham antara mereka sebelum ini,”kata Noorzainy di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut dan pemeriksaan doktor mendapati tangan kanan lelaki itu luka dan retak akibat kejadian berkenaan.

Noorzainy berkata susulan kejadian itu, polis menahan suspek di Kampung Manggis pada pukul 11 malam tadi dan merampas sebatang cangkul yang digunakan lelaki berkenaan dalam insiden tersebut.

“Lelaki yang mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah itu kini direman untuk siasatan lanjut.Kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 326 dan 506 Kanun Keseksaan,”katanya.


Sementara itu, beliau berkata polis menahan 10 lelaki termasuk lapan remaja berusia 15 hingga 28 tahun kerana berlumba haram serta merempit di Lebuhraya Lingakaran Luar Butterworth (BORR) di sini dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di kawasan berkenaan awal pagi ini dan awal pagi semalam.

“Dalam operasi bermula pukul 12.30 hingga 7 pagi semalam, seramai lapan remaja termasuk enam pelajar sekolah ditahan manakala dua lagi ialah pekerja cuti kereta dan pesawah.

“Mereka ditahan ketika sedang berlumba dan ujian air kencing mendapati pesawah berkenaan positif dadah,”katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori