Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Abby Luah Syukur, Doa...

DUNIA hiburan terus dihebohkan dan dihujani dengan pelbagai spekulasi melibatkan pasangan selebriti popular,...

17 Banduan Jumpa Keluarga...

POKOK SENA – Sambutan Aidilfitri bagi 17 banduan Penjara Pokok Sena yang terpilih...

Calon Pembangkang Hanya Muncul...

LUNDU - Hari ke-12 kempen pilihan raya kecil Tanjong Datu hari ini menyaksikan...

DAP Johor Mahu Tekan...

KUALA LUMPUR - DAP mahu melancarkan gerakan anti cukai barang dan perkhidmatan (GST)...

Lelaki Disangka Monyet Cedera Ditembak

IPOH – Seorang lelaki cedera di bahagian lengan akibat terkena tembakan yang dilepaskan seorang pesara pegawai kerajaan di Kampung Chepor Dalam di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata kejadian berlaku kira-kira 1.40 petang semasa pesara berumur 64 tahun itu berehat di luar rumah abang iparnya di kampung tersebut, sebelum melihat satu pergerakan di atas pokok rambutan yang terletak pada jarak lebih kurang 50 meter.

“Ketika itu pesara berkenaan mengesyaki dan merasakan pergerakan itu adalah monyet…kemudian beliau mengeluarkan senjata api miliknya dan terus melepaskan satu das tembakan ke arah pokok.

“Tiba-tiba pesara itu mendengar suara keluhan kesakitan lalu pergi ke tempat tersebut dan mendapati seorang lelaki cedera di lengan kanan,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.


Sum berkata pesara berkenaan telah membawa mangsa yang berusia 63 tahun ke Hospital Raja Permaisuri Bainon di sini untuk rawatan lanjut, dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960.

“Mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori