Lelaki Dipotong Kepala Untuk Dijadikan Korban

India – Seorang lelaki warga emas berusia 55 tahun telah dibunuh dengan kepalanya dipenggal bagi dijadikan korban oleh golongan sesat dalam usaha menamatkan kemarau.

Mayat Thepa Kharia, ditemui di dalam rumahnya di sebuah kampung di kawasan pedalaman.

Menurut adiknya, sekumpulan penduduk telah memecah masuk ke dalam rumah mereka dan kemudiannya memotong kepala abangnya.

Kepala mangsa kemudiannya ditanam di padang, dalam satu ritual yang dilakukan bertujuan menambah hasil pertanian.

Setakat ini kepala Kharia masih belum ditemui dan pelaku jenayah itu juga masih belum ditemui.

Kharia menetap sendirian di rumahnya dan keadaan itu menjadikannya sebagai sasaran mudah puak sesat ini yang dikenali sebagai Orkas.

 

Leave a Reply