Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

100 Pelajar Sekolah Menengah...

IPOH - Sebanyak 100 pelajar sekolah menengah di Perak, hari ini menerima skim...

[SIDANG DUN] Tiada Tanah...

KOTA BHARU : Kerajaan negeri menegaskan setakat ini tiada lagi tanah milik Perbadanan...

Tragedi Budak 7 Tahun...

SEORANG kakak tidak menyangka adik yang dibawanya bersama untuk mengerjakan solat terawih maut selepas...

Wanita Tidur Bogel Dengan...

KEGILAAN apakah ini? Seorang ibu telah mengejutkan netizen apabila bertanyakan soalan, adakah menjadi kesalahan...

Lelaki Dilapor Hilang Di Pantai Batu Layar Ditemukan Lemas

JOHOR BAHRU – Seorang daripada dua lelaki yang dilapor hilang ketika mandi di Pantai Batu Layar dekat Kota Tinggi, semalam, ditemukan lemas, hari ini.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kapten Maritim Sanifah Yusof berkata mayat Muhammad Norhakimi Rejab,18, ditemukan terdampar di pantai itu pada 5.50 pagi, kira-kira 500 meter dari pangkalan hadapan mencari dan menyelamat (SAR) yang ditubuhkan.

“Mangsa (Muhammad Norhakimi) ditemukan anggota SAR yang melakukan pencarian di sekitar pesisir pantai ketika air surut. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk pengecaman keluarga,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Sanifah berkata usaha mencari seorang lagi lelaki, Noor Rahimi Fithri Ismail,19, diteruskan pagi ini meliputi kawasan seluas kira-kira enam batu nautika persegi.

Beliau berkata operasi tersebut melibatkan empat aset laut daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam. – BERNAMA

Kategori