Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Saya Mahu Dia Jadi...

KUALA LUMPUR - “Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Dia dibebaskan dan saya mahu selepas...

Singapura Laksana Lesen Digital...

SINGAPURA : Lesen vokasional digital diperkenalkan untuk pemandu teksi, bas, kenderaan sewa persendirian...

Mesir Buka Lintasan Sempadan...

SEMENANJUNG GAZA - Mesir membuka lintasan sempadan dengan Gaza di kedua-dua arah untuk...

60,000 Unit Rumah Selangorku...

KLANG: Insentif Rumah Selangorku 3.0 yang diperkenalkan kerajaan negeri ini dijangka mampu menambah...

Lelaki Didakwa Samun Bersenjata Kedai Serbaneka

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan samun bersenjatakan parang di sebuah kedai serbaneka, dua tahun lalu.

Mohamed Shaznee Jahn Mohamed Yasin, 22, didakwa bersama-sama dua lagi rakan yang telah dituduh dengan niat bersama melakukan samun bersenjatakan parang terhadap Zaini Osman, 41, pekerja kedai KK Supermart & Superstore, dengan mengambil peti wang dan wang tunai berjumlah RM305 membabitkan nilai kerugian RM1,805.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di kedai itu di Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras di sini pada 6.06 pagi, 21 Jun 2015 mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh.


Hakim Datin M. Kunasundary tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 8 Feb untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Kategori