Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kenyataan Bela Pengguna Cina,...

Walaupun dihentam pihak pembangkang mahupun rakan parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) kerana...

“Good Luck”.. SPM...

KUALA LUMPUR - Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 bermula di seluruh negara...

Bank Rakyat Nafi Kenakan...

KUALA LUMPUR - Bank Rakyat tidak pernah mengenakan sebarang caj kepada pelanggan yang...

“Penat Perah Idea, Kena...

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody tidak menyokong penggunaan barang tiruan untuk tampil bergaya...

Lelaki Dicari Bantu Siasat Kes Bunuh Nurnia Azalea

SIBU – Polis Sibu kini sedang giat mengesan seorang lelaki yang dipercayai boleh membantu menyelesaikan kes pembunuhan pembantu pendaftar di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Nurnia Azalea Priscilla Edward.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Philip Uja, awal 40-an berasal dari daerah yang sama dengan mangsa iaitu Kanowit dan mereka saling mengenali.

“Siasatan awal kami mendapati lelaki itu dilihat berada di kawasan rumah di mana mangsa menyewa pada malam sebelum mangsa dijumpai mati petang semalam,” kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Bercakap kepada pemberita di Balai Polis Sentral Sibu beliau berkata, pihaknya masih belum mendapat gambaran jelas mengenai hubungan lelaki itu dengan mangsa namun katanya rakan-rakan mangsa memberitahu mangsa pernah menyatakan lelaki itu pernah berjumpa dengannya.

Katanya, jiran mangsa yang tinggal di tingkat atas rumah sewa tersebut di Jalan Tiong Hua di sini ada terdengar jeritan wanita pada lebih kurang pukul 8 malam, tetapi tidak mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku.

Penyewa bilik bersebelahan difahamkan keluar bekerja pada masa tersebut.

Beliau meminta orang ramai ataupun mana-mana pihak yang telah menyebarkan gambar lelaki berkenaan di laman-laman sosial supaya menghubungi Balai Polis Sentral Sibu di talian 084-336144 atau mana-mana balai polis berdekatan sekiranya mempunyai sebarang maklumat ataupun mengetahui keberadaan lelaki tersebut.

Stanley berkata mangsa yang hanya berkain sarung ditemui dengan kaki dan tangannya terikat ke belakang dalam keadaan tertiarap dan mukanya ditutup dengan tudung dan tersembam ke lantai.

“Tiada tanda-tanda kecederaan yang nyata pada mangsa yang mungkin menjadi punca kematiannya. Kami masih menunggu ahli patalogi dari Kuching datang untuk menjalankan bedah siasat ke atas mangsa,” katanya.


Beliau sekali lagi menolak andaian sesetengah pihak melalui laman sosial bahawa mangsa telah diseksa dan dirogol.

“Andaian rogol itu adalah tidak benar,” katanya sambil menggesa agar semua pihak berhenti membuat sebarang spekulasi yang mungkin boleh mengguris perasaan waris mangsa.

Menurut beliau lagi, tiada kesan umpilan pada pintu bilik sewa mangsa dan tiada kesan barangannya diselongkar ataupun hilang.

Mangsa ditemui mati di bilik sewanya oleh rakan-rakan sekerja beliau pada 3 petang semalam selepas dihubungi oleh suami mangsa, Mohd Zakaria, 29, yang gagal menghubungi telefon mangsa pada malam kejadian tersebut.

Mohd Zakaria yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Tatau, Bintulu berkahwin dengan mangsa pada November tahun lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – BERNAMA

Kategori