Lelaki Derma Darah Untuk Diri Sendiri

Malang memang tidak berbau. Siapa sangka, darah yang didermakan akan digunakan oleh dirinya sendiri.

Memetik laporan dari portal berita luar negara, Emirates 247, kejadian ini berlaku di Riyadh, Arab Saudi terhadap seorang lelaki, Mohammed Abdullah.

Al kisahnya, Mohammed telah mendermakan darahnya di bank darah untuk membantu individu yang memerlukan di utara Bandar Sabya.

Ketika dalam perjalanan pulang, Mohammed kemudiannya berhadapan dengan satu kemalangan yang menyebabkannya kehilangan banyak amaun darah.

Menurut sumber berita tempatan, dia dihantar ke sebuah hospital berdekatan dan doktor memasukkan kembali darah yang didermakan lelaki tersebut satu jam lepas. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR