Lelaki Cuba Lari Maut Jatuh Tingkat 21

KUALA LUMPUR – Cubaan seorang lelaki meloloskan diri dari dicekup polis membawa padah apabila dia terjatuh dari tingkat 21 kondominiumnya, tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah berkata, mangsa dikenali sebagai S Krishnan, mempunyai tiga rekod jenayah termasuk orang dikehendaki bersabit Seksyen 403 dan 467 Kanun Keseksaan, meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, sebelum kejadian, sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman ke rumah mangsa di Kondominium Suasana di KL Sentral, kira-kira jam 12 tengah hari.

“Sebaik anggota perkenalkan diri lelaki itu menutup pintu dan cuba melarikan diri melalui tingkap balkoni,” katanya.

Tiba-tiba terdengar jeritan seorang wanita dan polis segera mengarahkan pintu pagar dibuka. Lelaki itu ditemui terbaring.

– Sinar Harian Online

Leave a Reply