Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dituduh Curi, Wanita India...

GARA-GARA dituduh mencuri, seorang wanita India nekad membogelkan diri bagi membuktikan dirinya sebagai...

Anak Muda Perlu Yakin,...

"SAYA dengar suara anak muda". Itu kata-kata yang terkandung dalam ucapan sulung Datuk...

Pemandu Bas Didakwa Bunuh...

SEREMBAN - Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Sokong Kerajaan Kelantan Satu...

KUALA LUMPUR - Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Pencuri Kabel Tembaga Parah Jatuh Bangunan Sekolah

BESUT – Seorang lelaki berumur 30 tahun, yang menceroboh sebuah sekolah untuk mencuri kabel tembaga, cedera parah setelah terjatuh dari tingkat dua bangunan berkenaan semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Alur Lintah yang ketika itu sedang melakukan rondaan pada pukul 6.40 pagi.

“Pengawal keselamatan itu yang terdengar bunyi benda jatuh di tepi blok bangunan sekolah lantas mencari datangnya bunyi itu dan mendapati seorang lelaki terbaring di tepi longkang dalam keadaan kesakitan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya, suspek mengalami patah bahagian tapak kaki di samping pendarahan di mulut, telinga selain lebam-lebam di tangan serta kaki kanan.


Khaled berkata siasatan yang dibuat susulan laporan oleh pihak sekolah mendapati suspek yang cedera itu sememangnya menceroboh bangunan sekolah berkenaan untuk mengambil kabel tembaga berikutan penemuan pemotong kabel, sabit dan besi penyungkil di tempat kejadian.

Suspek yang kini dalam tahanan polis dikejarkan ke Hospital Daerah Besut sebelum dirujuk Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

– BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori