Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada Kompromi Isu Sensitif...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak terutama dalam hal...

Gambar Kucing Dicungkil Mata...

KALAU pun tidak mempunyai rasa penyayang terhadap binatang, janganlah diperlakukan mereka dengan pelbagai...

Laporan Penuh Siasatan MH370...

PUTRAJAYA - Laporan penuh siasatan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dibentangkan kepada...

Bubar DUN: MB Menghadap...

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan...

Lelaki Cedera Tergelincir Dalam Gaung Di Kuala Pilah

SEREMBAN – Seorang lelaki berhadapan detik cemas selepas terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter dalam kejadian di Bukit Kayu Ara, Kuala Pilah di sini, pagi ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, PBK II Abd Halim Mohd Yusof berkata, dalam kejadian 8 pagi itu, mangsa yang berumur 50-an dilaporkan telah memasuki hutan di kawasan berkenaan bersama seorang rakannya sebelum tergelincir ke dalam gaung ketika melalui lereng bukit.

“Operasi mengeluarkan mangsa dari lokasi kejadian mengambil masa 20 minit dan mangsa yang cedera di kedua-dua belah kaki serta tidak dapat bergerak itu telah dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini untuk rawatan.

“Kedudukan gaung berkenaan adalah sejauh satu kilometer dari jalan raya dan pihak bomba terpaksa mengambil masa selama setengah jam untuk mengusung mangsa ke ambulans,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Abd Halim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada rakan mangsa pada pukul 8.03 pagi dan tiba bersama lapan pegawai dan anggota serta dua anggota bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, 10 minit kemudian. – BERNAMA

Kategori