Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ahli G25 Perlu Pandai...

DAJJAL DOMESTIK oleh : Tuan Asmawi bin Tuan Umar (JAWI).Nampak gaya beria-ia...

Polis Tahan Pengedar Dadah...

ROMPIN - Polis  menahan seorang lelaki dan merampas sejumlah dadah jenis heroin dan...

“Saya Terima Pingat Kerana...

MELAKA – “Saya terima pingat Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) kerana menghormati anugerah...

M’sia, S’pura Komited Penuhi...

PUTRAJAYA - Malaysia dan Singapura komited untuk terus memenuhi obligasi mereka mengikut undang-undang...

Lelaki Cedera Kebakaran 2 Rumah Di Sandakan

SANDAKAN – Seorang lelaki cedera ketika menyelamatkan diri dalam kebakaran yang memusnahkan dua buah rumah dan sebuah kereta di Kampung Garinono Batu 25 di sini tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Razali Awang Ahmad berkata mangsa dikenali sebagai Abdul Hadi Solo, 19, mengalami kecederaan ringan di bahagian lengan sebelah kanan ketika cuba keluar dari rumahnya.

Mangsa yang cedera kemudiannya dirawat oleh anggota bomba yang bertugas, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata tiga jentera serta sebuah kenderaan utiliti bomba bersama 21 anggota diketuai beliau bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 12.31 tengah hari.


“Turut musnah terbakar ialah sebuah kereta pacuan empat roda yang diletakkan di bawah salah sebuah rumah terlibat,” katanya.

Menurutnya punca dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan. – BERNAMA

Kategori