Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bawa Balik Pelajar Perlu...

KUALA LUMPUR - Usaha kerajaan membawa balik pelajar Malaysia di Sana'a, Yaman bertepatan...

Polis Tahan Tiga Suspek...

SEREMBAN - Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita tempatan di sebuah rumah...

Proses Saring Pastikan Murid...

PUTRAJAYA - Proses saringan penting bagi memastikan seorang kanak-kanak berumur enam tahun telah...

Blake Lively, Ryan Reynolds...

PASANGAN pelakon popular Hollywood, Blake Lively dan suaminya, Ryan Reynolds dikhabarkan telah selamat...

Lelaki Berpenyakit Pelik Tamatkan Larian Boston Selepas 20 Jam

LARIAN maraton Boston 2015 pada isnin lalu berjaya dirangkul oleh Lelisa Desisa dari Ethophia yang menamatkan larian itu dalam masa 2 jam 9 minit.

Dua tahun lalu Lelisa juga berjaya merangkul kejuaraan maraton tersebut sebelum dua letupan bom berlaku hingga meninggalkan kesan mendalam kepada peserta ketika itu.

Ternyata insiden tragis itu membuatkan semua peserta berasa emosi namun apa yang lebih menyentuh perasaan dalam larian Boston tahun ini adalah kegigihan seorang lelaki menamatkan acara ini.

Seorang lelaki yang menghidap satu penyakit pelik yang berkaitan dengan otot berjaya menamatkan acara larian Boston ini 20 jam selepas itu.

Maickel Melamed yang menghidap muscular dystrophy mempunyai keazaman yang sangat kuat untuk tamatkan acara itu.

https://www.youtube.com/watch?v=eVRyx-yQ7wI


Walaupun bertemankan cahaya lampu jalan dan hujan renyai, Maickel mendapat sokongan padu daripada semua orang untuk melangkah ke garisan penamat.

Penyakit pelik yang Maickel hidapi menyebabkan kesukaran untuknya bergerak namun tidak menghalangnya untuk tamatkan lima acara maraton sebelum ini.

– MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori