Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

5 Maut Letupan Kilang...

BEIJING - Lima orang maut dalam letupan di sebuah kilang bunga api yang...

Son Salahkan Diri Sendiri...

NIZHNY NOVGOROD - Penyerang Korea Selatan, Son Heung-min menyalahkan diri sendiri di atas...

Mayat Wanita Tanpa Dokumen...

GEORGE TOWN - Mayat seorang wanita lengkap berpakaian dan bahagian muka bertutup dengan...

Daniel Lim Antara Perenang...

KUALA LUMPUR – Perenang Malaysia melayakkan diri ke pertandingan akhir empat acara renang...

Lelaki Anggota PGA Lepas Tembakan Rambang

PADANG BESAR – Seorang lelaki dipercayai anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) melepaskan tiga das tembakan rambang ketika melakukan serbuan di Jalan Gua Sami, Kampung Kubang Tiga dekat sini semalam.

Seorang penduduk dikenali sebagai Bun, 44, berkata lelaki yang mengaku sebagai anggota polis itu datang ke rumahnya di kampung berkenaan kira-kira 5 petang bersama dua lagi rakannya kerana mendakwa menerima laporan mengatakan terdapat kes ketum di sana.

Bun berkata disebabkan mereka hanya berpakaian biasa tetapi bersenjata, dia bersama rakan-rakannya yang berada di dalam rumah bertempiaran lari kerana ketakutan dan dalam masa sama anggota PGA itu melepaskan tembakan rambang ke udara.

Katanya, penduduk kampung yang mendengar tembakan itu bergegas ke kawasan rumahnya dan mengepung semua lelaki berkenaan.

“Dalam setengah jam anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar tiba dan mengakui bahawa mereka adalah anggota PGA,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Sementara itu Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias ketika dihubungi berkata pihaknya ada menerima laporan berhubung insiden itu dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut akan dilakukan kerana ia melibatkan anggota PGA yang bertugas di sempadan.

“Mungkin ada salah faham dengan orang kampung,” katanya enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

Kategori