Lelaki 55 Tahun Dalang Letupan Kereta Api Taiwan

SEORANG lelaki berusia 55 tahun ditahan kerana disyakki menjadi dalang dalam letupan sebuah kereta api di Taiwan yang mencederakan 25 orang pada Khamis lalu.

Seorang warga emas yang dikenali sebagai Lin itu kini sedang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan berkaitan kejadian tersebut.

Menurut portal tempatan, difahamkan, kejadian letupan itu berlaku pada pukul 10 malam berdekatan dengan Stesen Songshan pada gerabak keenam kereta api berkenaan.

Lelaki 55 Tahun Ditahan, Dalang Letupan Kereta Api Taiwan

Letupan yang berlaku menyebabkan gerabak berkenaan terbakar namun kebakaran tersebut berjaya dipadamkan lapor China Post.

Punca sebenar letupan itu masih lagi dalam siasatan. Bagaimanapun, letupan yang berlaku itu dikatakan bukan berpunca daripada kesilapan teknikal.

Lelaki 55 Tahun Ditahan, Dalang Letupan Kereta Api Taiwan

Jurucakap polis, Wang Bao-Zhang berkata, tiub keluli sepanjang 47 sentimeter yang diisi dengan serbuk piroteknik ditemui ditempat kejadian. Tambahnya lagi, tidak dapat dipastikan secara terperinci bagaimana ‘bahan’ tersebut berjaya memasuki kereta api tersebut, malah sebuah beg berwarna merah turut ditemui di bilik air kereta api berkenaan.

Terdahulu, menerusi siasatan awal pihaknya, mereka telah menolak insiden tersebut berpunca daripada pengganas. Malah pihak berkuasa tempatan sedang memburu seorang suspek yang digambarkan dalam lingkungan 40an dan memakai pakaian hitam sebagaimana dikhabarkan oleh saksi di tempat kejadian sebelum serangan itu bermula.

Lelaki 55 Tahun Ditahan, Dalang Letupan Kereta Api Taiwan

Lelaki 55 Tahun Ditahan, Dalang Letupan Kereta Api Taiwan

Lelaki 55 Tahun Ditahan, Dalang Letupan Kereta Api Taiwan

Perdana Menteri Taiwan, Encik Lin Chuan memberitahu pemberita, “Kelihatan seseorang melakukan ini dengan niat jahat dan kami akan menyiasat kes ini sepenuhnya.”

Susulan itu, menerusi akaun Facebooknya, Taiwan Railway Administration (TRA) memberi jaminan kepada penumpang bahawa kawalan keselamatan akan diperketatkan di semua hub pengangkutan seperti kereta api dan lapangan terbang. Disamping itu, bilangan anggota keselamatan juga akan ditambah di kawasan tumpuan orang awam. – MYNEWSHUB.CC

Loading...