Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peruntukan Besar Bukti Semua...

KUDAT - Penyaluran peruntukan besar menerusi Bajet 2017 untuk membantu sekolah Cina, mubaligh...

Dewan Ulama PAS Pusat...

KUALA LUMPUR - Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) membayangkan PAS berkemungkinan mencatatkan keputusan...

Zizan Razak Simpan Hasrat...

SELEPAS lebih sedekad berkecimpung dalam dunia hiburan, pelakon, Zizan Razak mengakui bersedia untuk...

RM 35.4 Juta Jumlah...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM35.4 juta susulan...

Legoland Anjur Sambutan Halloween Okt Ini

KUALA LUMPUR – Ubah rupa Legoland Malaysia Resort sempena festival ‘Brick-or-Treat’ pada Oktober ini akan menjadikannya taman yang menyeramkan tetapi mesra kanak-kanak.

Dihias dengan tema Halloween, taman tema itu sedang dalam proses diubah rupa dengan aktiviti yang membolehkan pengunjung menikmati permainan dan belajar bersama keluarga.

“Aktiviti yang menyeronokkan dan berunsur pendidikan seperti cabaran binaan tangkas bakal disediakan untuk pengunjung keluarga dan ‘raksasa kecil’ masing-masing di mana mereka boleh bekerjasama dan belajar melalui keajaiban permainan,” kata Pengurus Besar Legoland Malaysia Resort, Kurt Stocks dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pengunjung boleh mengambil foto Instagram di Istana Ketawa, melihat watak Lego kegemaran mereka di perbarisan harian bertema Halloween dan mengikuti cabaran laluan aktiviti pondok di mana peserta dikehendaki menyelesaikan tugas di pelbagai pusat pemeriksaan.

“Di Legoland Malaysia Resort, kami percaya kanak-kanak mencapai keseronokan melalui permainan kerana ia membolehkan mereka menggunakan imaginasi mereka yang jelas.

“Kami melonjakkan dalam pelbagai elemen dalam aktiviti di sini untuk menggalakkan kanak-kanak membayangkan, membuat pembaharuan dan memberi inspirasi, sambil menghubungkan keluarga melalui pengalaman cuti yang berkualiti dan mengagumkan,” katanya.

Setiap Jumaat dan Sabtu, Legoland Malaysia Resort akan mengadakan Sambutan Malam Brick-or-Treat terbesar, di mana kanak-kanak boleh meletakkan imaginasi dan inovasi mereka dalam cabaran binaan tangkas dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam jejak Brick-Or-Treat.


Kanak-kanak yang mengambil bahagian akan diberi ganjaran hadiah sehingga RM500 dan pelbagai hadiah percuma.

Sambutan Malam Brick-or-Treat Parti pada Jumaat dan Sabtu dari jam 5 hingga 8 malam adalah eksklusif untuk pemegang pas premium Pass, dan boleh juga membawa rakan secara percuma pada Jumaat dan Sabtu, 1 Oktober hingga 30 Oktober. Pihak taman tema juga membenarkan kemasukan percuma untuk kanak-kanak berusia tiga hingga 11 tahun yang hadir dengan memakai kostum Halloween penuh pada tarikh tersebut.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti di Legoland Malaysia Resort lawati www.legoland.com.my atau berhubung menerusi Facebook dan Instagram. – BERNAMA

Kategori