Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wabak Lembu Gila Di...

KUALA LUMPUR : Bekalan daging lembu import untuk pasaran negara ini, tidak terjejas...

Warga PKNS Diseru Pertahan...

SHAH ALAM - Warga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diingatkan agar mempertahankan integriti...

Bursa Gantung Dagangan Jualan...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia menggantung dagangan jualan singkat harian proprietari (PDT) dan...

Biarpun Bertiga, Kami Akan...

GEORGE TOWN - Biarpun suasana agak berbeza pada sesi persidangan Dewan Undangan Negeri...

Lee Cadang Wujud Yayasan Rukun Negara

KUALA LUMPUR – Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Yayasan Rukun Negara bagi membantu menyemarakkan lagi semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat.

Beliau berkata yayasan tersebut boleh mengkaji pendekatan yang perlu diambil bagi meningkatkan pegangan rakyat terhadap Rukun Negara, selain memikirkan kaedah penerapan sama ada menerusi kurikulum sekolah atau cara lain yang sesuai.

“Penerapan prinsip Rukun Negara dan kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan harus bermula daripada tahap prasekolah dan ia perlu berterusan hingga ke peringkat universiti melalui kaedah interaktif.

“Ia perlu dijadikan garis panduan dalam penggubalan dasar, sebagai sumber rujukan untuk pembentukan undang-undang dan semua pihak perlu didedahkan kepada lima prinsip yang ada agar mereka memahami hak, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Lee turut mencadangkan meningkatkan penggunaan teknologi terkini dengan kerjasama pakar dari institusi pengajian tinggi dan agensi terbabit seperti pendekatan multimedia interaktif dalam usaha menjadikan Rukun Negara sebagai tunjang pembentukan masyarakat Malaysia.


“Kita perlu ingat, proses membina pemahaman dan rasa hormat sesama kalangan kumpulan etnik seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara merupakan kunci keamanan dan keharmonian dalam sebuah negara yang berbilang kaum dan agama,” katanya. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan..

Kategori