Lebuhraya PLUS Tapah-Gopeng Ditutup Akibat Kebocoran Tangki Gas

KUALA LUMPUR – Lebuhraya Utara-Selatan antara Tapah-Gopeng ditutup kedua-dua hala sejak tengah hari tadi susulan kebocoran pada tangki muatan gas sebuah lori tangki, menurut jurucakap Pusat Trafik PLUS.

Beliau berkata ia ditutup bagi memberi laluan kepada kerja membaik pulih kebocoran pada tangki itu yang disertai pasukan bomba bersama-sama kakitangan PLUS.

“Laluan itu dijangka dibuka semula lewat petang ini selepas kerja yang dijalankan itu selesai,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pengguna lebuh raya dinasihat menggunakan laluan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

Jurucakap itu berkata anggota polis turut mengawal lalu lintas di lokasi kejadian. – BERNAMA

Loading...