Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Mahasiswa Lawan Kerajaan Pejuang...

KUALA LUMPUR - Parti DAP menganggap pelajar-pelajar universiti yang berani menentang kerajaan seperti...

MBPP Roboh Struktur Logo...

GEORGE TOWN - Tindakan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merobohkan struktur logo UMNO...

Sherry Kecewa Hubungan Dengan...

PETALING JAYA - Pelakon Sherry Ibrahim kecewa apabila hubungan cinta dengan aktor Abdul...

DAP Buat Lawak Kata...

MUNGKIN mahu tutup aib Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikutuk netizen, DAP...

Lebuh Raya GCE Ditutup Untuk Acara Duathlon 2018

SHAH ALAM – Populariti laluan khas motosikal di Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dalam kalangan rakyat untuk berbasikal pada hujung minggu menjadi inspirasi kepada Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (ProLintas) untuk menganjurkan acara GCE Duathlon 2018 hari ini.

ProLintas, selaku syarikat konsesi GCE buat pertama kalinya menutup keseluruhan lebuh raya sepanjang 54 kilometer itu sejak beroperasi pada tahun 2005 bagi menganjurkan acara larian dan berbasikal berkenaan bermula pukul 3 pagi hingga 2 petang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProLintas, Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata penganjuran acara tersebut dilihat signifikan kepada hobi rakyat di Lembah Klang kini yang gemar berbasikal dan memilih laluan motosikal di lebuh raya itu untuk beriadah.

“Kami amat teruja dengan sambutan daripada penunggang basikal yang mana 1,000 peserta pelbagai peringkat umur mendaftar untuk menyertai perlumbaan GCE Dualthlon 2018.

“Dengan sambutan sebegini, kami sasarkan untuk menjadikannya acara tahunan sebagai ‘signature’ kepada lebuh raya ini pada masa depan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta acara itu di Plaza Tol GCE Bukit Jelutong, di sini hari ini.

GCE Duathlon 2018 terbuka kepada peserta lelaki dan wanita berumur seawal 16 tahun melibatkan tiga kategori iaitu GCE Full Duathlon bagi merebut hadiah pertama iaitu wang tunai RM800 beserta trofi, GCE Dash Duathlon (RM500 dan trofi) dan Team Relay (RM1,200 dan trofi).


Dalam acara pelbagai kategori itu, peserta memulakan perlumbaan di plaza tol tersebut dengan larian seterusnya berbasikal dan berlari semula ke garisan penamat di plaza tol yang sama.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai perkembangan pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), Mohammad Azlan berkata projek tersebut telah lengkap hampir 30 peratus.

“Kedua-dua lebuh raya ini dijangka menepati jadual siap pada tahun 2020 dan setakat ini, tiada halangan untuk syarikat kami menyiapkannya,” katanya. – BERNAMA

Kategori