Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Hutan Negara Masih Punyai...

PUTRAJAYA - Hutan tropika negara masih banyak lagi yang boleh diterokai bagi menambah...

Tunku Jalil Umum Black...

Wah, teruja sungguh mendengar pengumuman Tunku Laksamana Johor, Tunku Jalil menerusi laman Instagramnya...

Selangor Tawar Rumah Mampu...

SHAH ALAM : Projek Rumah Idaman yang akan dibina di Seksyen U8, Bukit...

Hina Sultan Menerusi FB,...

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja kilang elektronik didenda RM14,000 oleh Mahkamah Sesyen di...

Lebih Banyak Sekolah Amanah Akan Diwujudkan

KUCHING – Lebih banyak program Sekolah Amanah akan dilaksanakan di seluruh negara bagi meningkatkan prestasi murid sekolah kebangsaan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Katanya program Sekolah Amanah adalah inisiatif khusus bagi meningkatkan kualiti penyampaian pendidikan di samping merealisasikan misi pendidikan nasional dalam usaha gigih kerajaan untuk merapatkan jurang dalam masyarakat.

Sebanyak 83 Sekolah Amanah telah diwujudkan sehingga kini.

Beliau berkata inisiatif itu juga berusaha menambah baik jaringan pentadbiran antara sekolah primer dan sekolah yang kurang berkemampuan serta merangsang para guru untuk lebih berinovatif dalam membawa penambahbaikan.

“Pihak sekolah juga harus memainkan peranan mewujudkan satu budaya baharu yang lebih positif demi kebaikan pelajar,” kata beliau dalam teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Penasihat Khasnya, Wan Saiful Wan Jan pada majlis perasmian Persidangan Sekolah Amanah 2018 yang bertemakan “Transformasi Melangkaui Sempadan” di sini hari ini.

Dr Maszlee berkata beliau difahamkan Sekolah Amanah menggunakan pendekatan “whole school improvement” sebagai strategi perubahan pendidikan yang mengaplikasikan amalan terbaik dalam pengurusan dan kepimpinan serta Pedagogi Dalam Pembelajaran (PdP).

“Ia adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan yang unggul melalui persekitaran pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna. Sehubungan itu, saya menyeru badan-badan swasta yang lain menyahut saranan kerajaan untuk turut terlibat dalam penghasilan impak berganda pembangunan pendidikan di negara ini,” katanya.


Program Sekolah Amanah diwujudkan secara kerjasama antara Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Yayasan Amir serta beberapa lagi rakan penaja dalam usaha untuk mereformasikan pendidikan negara.

Program yang dilancarkan pada 2010 itu turut menyaksikan penglibatan sekolah awam (sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan) diurus secara usahasama dengan pihak swasta yang berkelayakan.

Pentadbiran sekolah pula diletakkan di bawah naungan Kementerian Pendidikan dan Yayasan Amir yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB) yang dipilih oleh kementerian sebagai ​​​​​​​rakan kongsi swasta bagi merintis program itu. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Kategori