Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Raymond Tomlinson, Pencipta E-Mel...

WALAUPUN nama Raymond Tomlinson tidak sepopular Bill Gates, Mark Zuckerberg, Steve Jobs dan...

Apakah Malaysia Ada ‘2...

MUNGKIN ramai tidak menyedari sesuatu yang mengelirukan dan tidak sepatutnya berlaku telah terjadi...

Tony Spider Meninggal Dunia...

KUALA LUMPUR - Pemain bass kumpulan terkenal tanah air, Spider, Tony Iskandar menghembuskan...

“Soal Kahwin Bukan Boleh...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Siti Nordiana tidak meletakkan keutamaan untuk mencari jodoh buat...

Lebih Banyak Jenama Terkemuka Sertai Eraman Di KKIA

PUTRAJAYA – Cabang runcit Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Eraman Malaysia, akan menerima lebih banyak jenama terkemuka antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Raja Azmi Raja Nazuddin, berkata jenama seperti La Mer, Tom Ford, Jo Malone dan M.A.C akan berada di KKIA menjelang suku ketiga tahun ini.

“Kami akan meneruskan hubungan rapat yang baik dengan jenama utama ini dalam usaha promosi bagi memastikan kami dapat mengetengahkan produk dan jenama terkini, terutama yang mendapat permintaan dan menjadi trend semasa, bagi memenuhi kehendak semua pembeli,” katanya pada majlis penyampaian hadiah ‘Eraman Shopping Extravaganza Buy & Win Contest’ (April-Mei 2018), di sini hari ini.

Ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Komersial MAHB Nazli Aziz.

Raja Azmi berkata pertandingan itu yang menerima lebih 400,000 penyertaan, sebahagian besar dari Malaysia, India, Indonesia dan China, membantu pertumbuhan positif Eraman.

“Memandangkan membeli-belah di lapangan terbang merupakan sebahagian penting dalam perjalanan pengunjung, prompsi dan kempen seperti ini menjadi antara pemacu utama jualan kami.


“Kami mahu memastikan pembelian di Eraman, menjadi antara motovasi utama pelawat ketika melepasi Lapangan-lapangan Terbang di Malaysia,” katanya.

Selain itu beliau berkata butik kosmetik dan wangian Gucci, M.A.C dan Jo Malone akan menyertai Eraman Duty Free Emporium di Contact Pier, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh terdekat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KKIA

Kategori