Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tindakan Shahidan Tidak Bijak...

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatkan pengerusi...

Remaja Maut Bermain Papan...

KUANTAN - Jenazah Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid yang maut semasa bermain papan...

Amaran Angin Kencang, Laut...

KUALA LUMPUR - Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam...

KDN Bertindak Jika Penulisan...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sekiranya terdapat penulisan yang didapati...

Lebih 7k Pelanggan JPJ Di UTC N. Sembilan Direkodkan

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merekodkan lebih 7,000 pelanggan telah mendapatkan perkhidmatan di kaunter jabatan itu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Negeri Sembilan sejak mula beroperasi 20 Nov lepas.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan Azrin Borhan berkata pihaknya merekodkan kunjungan pelanggan ke kaunter jabatan tersebut bermula pada hari pertama ia beroperasi iaitu tidak kurang daripada 250 orang sehari.

“Saya yakin jumlah pelanggan semakin meningkat dari hari ke hari kerana pada hari pertama dibuka, kaunter JPJ di pusat ini telah mencatat kutipan sebanyak RM11,000 hasil daripada pelbagai urusan seperti pembaharuan lesen memandu, cukai jalan dan bayaran balik saman.

“Contohnya semalam sahaja, kita berjaya memperoleh RM22,000. Kaunter JPJ di UTC ini menawarkan sebanyak 21 jenis perkhidmatan untuk kemudahan masyarakat menerusi pelbagai urusan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata peningkatan jumlah hasil dan pelanggan adalah disebabkan waktu operasi UTC yang lebih fleksibel iaitu hingga 10 malam setiap hari kecuali cuti umum.

Mengulas lanjut, Azrin berkata UTC pertama di Negeri Sembilan yang beroperasi di Plaza Angsana, Ampangan di sini itu juga menawarkan perkhidmatan baharu iaitu 1Serve yang menggabungkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), JPJ dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di kaunter sama.

“Perkhidmatan seperti 1Serve ini dapat memberi kemudahan dan juga kepuasan kepada masyarakat yang berurusan di UTC. Kini orang ramai tidak perlu lagi berpusu-pusu di JPJ Seremban kerana perkhidmatan sama boleh didapati di UTC di sini,” katanya.

Pelajar kolej swasta, Nurul Qamariah Kamar, 22, yang pertama kali mendapatkan perkhidmatan di UTC itu berkata perkhidmatan yang ditawarkan di sini, termasuk di kaunter JPJ adalah kemudahan terbaik yang disediakan kerajaan dan perlu diambil peluang sepenuhnya oleh masyarakat.

“Hari ini saya datang untuk urusan pembaharuan lesen memandu…pada saya UTC ini amat selesa selain pegawai yang menjaga kaunter juga sangat peramah dan mesra pelanggan,” katanya.


Pekerja swasta, Mohd Fairuz Mohd Yasin, 40, pula berkata beliau memilih untuk berurusan di kaunter JPJ di UTC memandangkan ia lebih cepat selain terdapat pelbagai lagi perkhidmatan lain yang disediakan di sini.

“Perkhidmatan di sini begitu cepat dan saya tidak percaya yang saya hanya perlu menunggu 10 minit sahaja selepas mengambil nombor giliran dan kemudian terus dapat berurusan untuk memperbaharui lesen memandu saya,” katanya.

UTC Negeri Sembilan merupakan UTC ke-20 yang dibangunkan serta mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan menggunakan bangunan sedia ada dengan kos RM34.26 juta sebelum dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Nov lepas.

Selain JPJ, kementerian, jabatan dan agensi lain yang turut menempatkan cawangan di UTC itu ialah Kementerian Sumber Manusia, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Lembaga Tabung Haji, Majlis Amanah Rakyat, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia-Y Centre.

Agensi-agensi negeri, TM Point, Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS), Balai Polis, Klinik Kesihatan,Klinik Pergigian, JPN dan JIM juga terdapat di UTC itu.

Di Negeri Sembilan, sebanyak 12 Pusat Transformasi Luar Bandar mini dibuka di Jempol, Kuala Pilah, Tampin, Seremban, Jelebu dan Port Dickson bertujuan membolehkan penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan awam dengan mudah secara berpusat di satu lokasi. – BERNAMA

Kategori