Lebih 30,000 Permohonan Mendesak Rumah PPR Di Sabah

KUNAK- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah mendapati terdapat lebih 30,000 permohonan serius dan mendesak untuk mendapatkan rumah Projek…

KUNAK- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah mendapati terdapat lebih 30,000 permohonan serius dan mendesak untuk mendapatkan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong.

Beliau yang juga menteri KKTP itu berkata keperluan tersebut melibatkan individu yang tinggal di kawasan tidak selamat dan daif.

“Pembinaan PPR ini perlu ditambah, sekurang-kurang 30,000 unit dibina dalam tempoh terdekat ini, daripada lebih 100,000 permohonan yang diterima,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat PPR Sri Pangkalan di sini, hari ini.

Berdasarkan laporan Pusat Khidmat Rakyat Kunak di Daerah Kunak sahaja, terdapat 1,000 permohonan untuk mendapatkan rumah PPR.

Sementara itu, Jaujan yang juga wakil rakyat Sulabayan berkata hampir 70 peratus daripada 13 teras yang dijanjikan kerajaan negeri hari ini dilaksanakan selepas tiga bulan memerintah Sabah.

“Pada pilihan raya umum ke-14, kita tidak janji tunai teras itu dalam masa 100 hari, tetapi kita minta rakyat beri peluang untuk pimpin Sabah dan tunaikan 13 teras itu,” katanya antara janji itu adalah berkaitan jaminan hak pemilikan tanah adat dan hak-hak bumiputera Sabah. – BERNAMA

Loading...