Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Najib Selesai Bayar Wang...

KUALA LUMPUR — Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi...

ADUN Tronoh Dipenjara 13...

IPOH : Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan terhadap...

Kencing Tikus: Pusat Rekreasi...

JOHOR BAHRU - Pusat rekreasi Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang ditutup mulai hari...

PM Singapura Bakal Umum...

ROMBAKAN Kabinet Singapura akan datang bakal melibatkan semua kementerian, tetapi tidak semua menteri...

Lebih 2,500 Sertai ‘Seniman Charity Fun Run 2018’

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak melepaskan lebih 2,500 peserta termasuk kira-kira 100 artis yang menyertai ‘Seniman Charity Fun Run 2018’ di sini hari ini.

Program anjuran Persatuan Seniman yang bermula seawal 7 pagi itu berlangsung di perkarangan Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas), Ulu Klang.

Terdahulu, Salleh bersama Pengerusi Finas Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib turut menyertai senaman zumba bersama para peserta sebelum acara larian dimulakan.

Presiden Seniman, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata program yang julung kali dianjurkan itu bertujuan membantu artis yang kurang bernasib baik.

“Menerusi program dengan kerjasama Finas ini, kita dapat mengumpul dana yang mana setiap peserta dikenakan yuran sebanyak RM60 untuk baju, medal dan sijil.

“Program hari ini juga memberi peluang kepada artis dan orang ramai untuk berjumpa secara lebih dekat dan kita juga akan mengadakan pelbagai program seperti program hari raya dan Hari Seniman yang melibatkan artis dan orang ramai,” katanya.

Selain larian amal sejauh 5 kilometer dan 10 kilometer tersebut, Zed Zaidi berkata pihaknya turut mengadakan jualan produk tempatan, aktiviti senam robik seperti zumba dan cabutan bertuah.


Sementara itu, artis veteran Mubarak Majid, 61, berkata program tersebut memberi peluang kepada artis lama untuk kembali aktif.

“Program ini cukup bagus, selain kita beriadah untuk kesihatan, artis veteran juga dapat berjumpa dengan orang ramai dan kita juga dapat membantu artis yang memerlukan.

Ia merupakan penghargaan buat artis lama yang mungkin tidak lagi aktif kerana faktor kesihatan… sekurang-kurangnya golongan ini tidak rasa terpinggir bila dibantu,” katanya. – BERNAMA

Kategori