Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sediakan RM40 Bilion...

PETALING JAYA: Kerajaan melalui agensi-agensinya akan terus menyediakan pelbagai kemudahan pinjaman dan jaminan...

Raysha Dikecam Netizen Hadiri...

PENAMPILAN bekas juara Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose di acara gilang gemilang Anugerah...

VIDEO: Wanita OKU Cantik...

KITA pasti tertanya-tanya bagaimana caranya seseorang yang kurang upaya menguruskan kehidupan seharian mereka.Walaupun...

Penjara 20 Tahun, Denda...

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan Seksyen 41...

Lebih 2,000 Mohon MyLesen Di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Seramai 2,134 peserta telah mendaftar untuk mengikuti program myLesen di Kuala Lumpur sejak 15 Sept lepas, kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Datuk Md Ziki Abdul Rahman.

Beliau berkata berikutan sambutan yang menggalakkan itu, pihaknya bercadang melanjutkan tempoh pendaftaran myLesen pada masa akan datang memandangkan jangka masa singkat program itu yang hanya dibuat selama sebulan.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan kami jangka seramai 500 peserta lagi akan mendaftar untuk mendapatkan lesen motosikal selepas kempen ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Kempen Pendaftaran myLesen yang disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz di sini, hari ini.

Program myLesen yang dijalankan Kementerian Pengangkutan dengan kerjasama JPJ bermula 15 Sept lepas bagi membolehkan golongan belia berusia 16 hingga 30 tahun memiliki lesen motosikal.

Dengan kadar yuran sebanyak RM299 di 190 institut memandu seluruh negara, 300,000 peserta dijangka menyertai program itu yang akan berakhir pada 15 Okt ini.


Sementara itu, Mhd Amin berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merancang membina satu projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) di Kampung Datuk Keramat bagi membantu lebih ramai golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah.

Menurutnya, DBKL sedia menambah projek rumah mampu milik itu yang bermula dari RM150,000 hingga RM300,00 seunit memandangkan ia mendapat permintaan tinggi daripada rakyat. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]tu6WJ55v2bo[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Lesen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori