Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

E-Hailing Diharam Cari Penumpang...

AMARAN!... Pemandu kenderaan e-hailing atau Grab dilarang menunggu atau cari penumpang ketika jalankan...

Skuad B-23 Raih Pengalaman...

SEPANG - Walaupun gagal melangkah ke pusingan suku akhir, Ketua Jurulatih Skuad Bawah...

Masyarakat Hindu Sambut Deepavali...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia beragama Hindu hari ini menyambut Deepavali dalam suasana...

‘Kanser Susah Baik Kak’...

Satu screenhoot memaparkan perbualan seorang jurusolek dan pelanggannya kini tersebar sehingga menjadi viral...

Lawatan Raja Salman Ke Malaysia 26 Februari – 1 Mac

PUTRAJAYA – Raja Salman Bin Abdulaziz Al-Saud, Penjaga Dua Masjid Suci akan mengadakan Lawatan Negara ke Malaysia dari 26 Februari hingga 1 Mac 2017 atas jemputan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

Baginda Raja Salman akan diiringi oleh Timbalan Putera Mahkota Mohammed Bin Salman Al-Saud, kerabat diraja, menteri-menteri kabinet, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan delegasi perniagaan dari Arab Saudi.

Lawatan ini merupakan lawatan negara pertama baginda ke Malaysia sejak menaiki takhta pada 23 Januari 2015 sebagai Raja Arab Saudi ketujuh.

Lawatan Negara Raja Arab Saudi ke Malaysia yang terakhir adalah oleh Almarhum Raja Abdullah Bin Abdulaziz Al-Saud dari 30 Januari hingga 1 Februari 2006 manakala Almarhum Raja Faisal Bin Abdulaziz Al-Saud pula telah mengadakan lawatan negara ke Malaysia dari 7 hingga 10 Jun 1970.

Malaysia dan Arab Saudi terus menikmati hubungan akrab dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, pertahanan dan urusan haji.

Arab Saudi merupakan rakan dagang Malaysia kedua terbesar di kalangan negara-negara Timur Tengah dengan jumlah dagangan RM13.12 bilion pada tahun 2016.

Lima barang dagangan eksport utama Malaysia ke Arab Saudi adalah peralatan elektrik dan elektronik, produk pembuatan logam, jentera, perkakasan dan peralatan, barangan logam, minyak sawit dan produk berasaskan kayu; manakala barangan import utama dari Arab Saudi adalah bahan/produk kimia, petroleum mentah, produk petroleum, logam dan produk berasaskan plastik.

Bersempena lawatan ini, satu Forum Perniagaan Malaysia-Arab Saudi akan diadakan di Kuala Lumpur pada 28 Februari 2017 bagi mempromosikan lebih banyak peluang-peluang perniagaan di antara kedua-dua negara. Sekurang-kurangnya 300 ketua industri dijangka akan menyertai forum tersebut.

Lawatan bersejarah ini akan menyumbang kepada pengukuhan hubungan akrab dan talian persaudaraan antara kedua-dua negara serta hubungan peribadi dikalangan pemimpin. Kedua-dua pihak dijangka akan dapat berbincang serta membuka jaringan kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, tenaga, pendidikan tinggi, latihan, pelancongan, haji dan umrah.

Sewaktu lawatan negara tersebut, Raja Salman akan mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V dan diberikan sambutan negara di Parlimen.

Baginda juga akan diraikan pada jamuan makan malam negara di Istana Negara. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga berkenan untuk mengurniakan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Raja Salman.


Raja Salman dijadualkan bertemu YAB Perdana Menteri Malaysia di Kediaman Rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana. Pemimpin kedua-dua negara juga akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) iaitu dalam bidang kerjasama ekonomi, pendidikan tinggi, sumber manusia, dan media.

Satu majlis makan rasmi akan dihoskan oleh YAB Perdana Menteri bagi meraikan Raja Salman dan delegasi di Seri Perdana, Putrajaya.

Raja Salman akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang Sains Politik (Islam dan Wasathiyah) dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Anugerah tersebut akan disempurnakan oleh KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, Sultan Pahang selaku Ketua Perlembagaan UIAM.

Selain daripada itu, Raja Salman juga akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya (UM) yang akan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah, Sultan Perak dan Canselor UM.

Sumber : Kementerian Luar Negeri

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : NURBAITI BAKTHIR
Assistant Secretary
Division of Communications and Public Diplomacy
Emel : [email protected]

– BERNAMA

Kategori