Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

‘Inspektor Sheila’ Ditahan Kerja,...

KUALA LUMPUR : Pegawai polis wanita yang beberapa kali videonya tular memarahi anggota...

Perhimpunan Khas MIC Setuju...

KUALA LUMPUR - Perhimpunan khas MIC yang dianjurkan oleh kumpulan yang menentang Presiden...

Selamba Tunggang Motosikal Curi

Alor Setar : Dua motosikal yang dipercayai hilang pada Mei dan 10 Julai...

Kes Saman Ismail Sabri...

KUALA LUMPUR - Kes saman bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk...

Lawatan Anifah Ke Arab Saudi Eratkan Hubungan Dua Negara

KUALA LUMPUR – Perjumpaan antara Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatan beliau dari Arab Saudi Adel Al-Jubeir di Riyadh, Arab Saudi pada Sabtu membawa pelbagai hasil positif kepada hubungan antara kedua-dua negara.

Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini berkata dua menteri itu membincangkan perkara kepentingan bersama berkaitan perkembangan dan kesejahteraan umat Islam, di samping mengenai hubungan serantau dan dua hala.

“Perbincangan mereka adalah susulan kepada rundingan melalui hubungan melalui telefon dan pertemuan di luar acara antarabangsa,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pertemuan tersebut memberi peluang baik kepada kedua-dua menteri untuk berinteraksi secara lebih mendalam bagi menangani perkara kepentingan bersama Malaysia dan Arab Saudi.


“Anifah disambut baik oleh Menteri Luar Saudi itu dan mesyuarat berlangsung dalam suasana penuh mesra dan ikatan persaudaraan, yang mencerminkan hubungan amat rapat antara kedua-dua menteri dan negara,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Adel menyuarakan kesediaan beliau untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi serta akan mengunjungi Anifah bagi menyambung perbincangan mereka apabila beliau melawat Malaysia. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori