Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Tan Chee Teong Calon...

KUALA LUMPUR – MCA mengumumkan anggota jawatankuasa parti bahagian Bangi, Tan Chee Teong...

10 Maut Helikopter Tentera...

BOGOTA - Seramai 10 orang disahkan maut apabila sebuah helikopter milik pasukan tentera...

Undang-Undang Islam Mesti Selari...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menasihati pihak yang terlibat dalam...

Kadar Kemalangan Di Industri...

KUALA LUMPUR - Kadar kemalangan di industri pekerjaan menurun sebanyak 10,824 kes pada...

Latihan Simulasi Pesawat Terhempas Di KIA

KUCHING – Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) ‘gempar’ apabila sebuah pesawat yang mengalami kerosakan enjin terhempas di landasan, pagi ini.

Terdahulu juruterbang pesawat malang itu telah menghubungi pengawal trafik udara memaklumkan pesawat mengalami kerosakan enjin dan meminta untuk melakukan ‘pendaratan kecemasan’.

Namun sebaik menghampiri landasan, juruterbang menyedari kelajuan pesawat berkurangan seterusnya menyebabkan pesawat ST666 dari Kuala Lumpur ke Kuching yang membawa 150 penumpang itu terhempas.

Tragedi itu menyebabkan pelbagai agensi dikerah menjalankan operasi menyelamat.

Adegan cemas itu merupakan sebahagian daripada senario yang digambarkan dalam latihan kecemasan pesawat terhempas selama 4 jam hari ini untuk menguji tahap persediaan dan kecekapan petugas di KIA.

Pengurus Kanan KIA, Mohd Nadzim Hashim berkata simulasi berskala penuh setiap dua tahun sekali itu merupakan tuntutan oleh setiap lapangan terbang antarabangsa bagi memenuhi kehendak pematuhan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).


Katanya KIA turut mengadakan ‘particial exercise’ dan ‘table talk exercise’ melibatkan semua agensi pada tahun simulasi berskala penuh tidak diadakan.

“Dalam sebarang situasi, pasukan menyelamat perlu sampai dalam tempoh tiga minit ke lokasi kejadian. (Sehubungan) itu adalah penting untuk kami merancang dan membuat latihan senario itu untuk memastikan tindak balas yang cekap dan berkesan,” katanya dalam taklimat kepada media.

Anjuran Malaysia Airports Sdn Bhd (MASB) dan diketuai Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang, latihan itu melibatkan 800 peserta dari pelbagai agensi antaranya polis, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Kementerian Pengangkutan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori