Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Anwar Tidak Akan Terima...

SUSULAN keputusan Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri...

“Service KTM Lembab Kalah...

BULAN Disember ini menyaksikan kenaikan harga tambang bagi pengangkutan awam seperti monorel, Transit...

Gambar: Aksi ‘Selamba’ Ibu-Anak...

MERAKAM gambar selfie bersama teman wanita seterusnya memuat naik di laman Instagram dengan...

KWSP: RM25.1b Digunakan Untuk...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan bahawa setakat Ahad, 14...

LATAR Ditutup 25 Sept Sempena ‘Kayuhan Sihat’

KUALA SELANGOR – Lebuhraya KL-Kuala Selangor Berhad (LATAR) akan ditutup kepada semua lalu lintas mulai 3 pagi sehingga 1 tengah hari pada 25 September ini, sempena perlumbaan berbasikal ‘Kayuhan Sihat 99KM LATAR’.

Ketua Pegawai Operasi LATAR, Ahmad Fuad Ahmad Shahimi berkata, penutupan lebuh raya itu bertujuan memastikan acara berbasikal berkenaan berjalan lancar dan selamat.

“Lebuh raya ini akan ditutup mulai pukul 3 pagi secara berperingkat dan pukul 5 pagi secara penuh sehingga 1 tengah hari.

“Bagaimanapun semua kenderaan kecemasan yang memberi perkhidmatan kepada orang ramai seperti ambulans, bomba dan polis dibenarkan melalui LATAR sepanjang waktu penutupan, namun mereka harus berhati-hati dengan kehadiran pelumba di sepanjang laluan lebuh raya,” katanya pada sidang media berkenaan perlumbaan itu di sini, hari ini.

Turut hadir, Anggota Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim.

Ahmad Fuad berkata, penutupan lebuh raya itu bermula di Kompleks Operasi Latar sehingga ke tol plaza Taman Rimba Templer dan sebelum peserta perlumbaan membuat pusingan U di garisan penamat di kompleks operasi lebuh raya berkenaan.


“Sebagai jalan alternatif, pengguna dari Ijok ke Kuala Selangor boleh menggunakan Jalan Bukit Badong menghala ke Jalan Rawang-Bestari Jaya dan terus ke Jalan Klang-Teluk Intan di pekan Kuala Selangor.

“Pengguna dari Klang dan Kuala Selangor yang mahu menuju ke Ijok boleh melalui Jalan Rawang-Bestari Jaya di pekan Kuala Selangor menuju Jalan Bukit Badong untuk tiba ke pekan Ijok,” katanya.

Sebanyak 1,800 peserta dijangka mengambil bahagian dalam perlumbaan sejauh 99km itu yang menawarkan ganjaran wang tunai sehingga RM27,600 berserta trofi.

Perlumbaan itu membabitkan kategori Men Junior (15-19 tahun), Men Open (20-34 tahun), Men Junior Master (35-45 tahun), Men Senior Master (46-55,tahun), Men Otai (56 tahun ke atas) dan Women Open (15 tahun ke atas). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori