Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Menang Kereta Mewah Lepas...

SINGAPURA – Setelah mencuba sebanyak tiga kali, seorang pegawai syarikat katering tempatan, G....

Thailand Percepat Bangun Kemudahan...

SONGKHLA (Selatan Thailand) - Kerajaan Thailand akan mempercepatkan pembangunan di sempadan negara itu...

Kurang Daripada 24 Jam...

SINGAPURA - Hari ini merupakan waktu 'bertenang' bagi Singapura selepas sembilan hari calon-calon...

Suami `Ajar’ Isteri Curang...

Seorang suami yang berang selepas mengetahui isterinya berlaku curang telah mengikat wanita itu...

Larangan Jualan Produk Jus Keluaran Sri Saga

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan mengarahkan jualan produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar keluaran syarikat Sri Saga Marketing S/B dihentikan serta-merta kerana boleh membahayakan kesihatan pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mendapati syarikat itu sebenarnya tidak wujud dan hasil analisis mengesahkan ada antara produk berkenaan mengandungi dexamethasone dan prednisolone iaitu bahan steroid yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983.

“Semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta jualannya dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, dexamethasone dan prednisolone adalah steroid poten yang digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

“Penggunaan kedua-dua bahan itu secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing,” katanya.


Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi serius. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • jus

Kategori