Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tawaran Khas BN Untuk...

BARISAN Nasional (BN) membuat tawaran khusus untuk penduduk Teluk Intan meliputi lapan perkara...

Video: “Buat-Buat Terlanggar Ya…...

INI makan dia... Seorang penunggang motosikal terima padah apabila tindakannya yang sengaja mencetuskan...

Samseng Jalan Raya Belasah...

Shah Alam - Akibat berebut jalan, seorang pemandu lori berusia 29 tahun lebam...

Pusat Pemindahan Banjir Di...

IPOH - Pusat pemindahan sementara di Kampung Pengkalan Ara, Sungai Manik di daerah...

Larangan Buku Kartun Zunar Ditarik Balik

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri menarik balik larangan ke atas buku kartun Zunar berjudul ‘Sapuman: Man of Steal’, kata peguamnya, N. Surendran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menemui Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas), Azizah Nawawi pada Khamis.

Surendran berkata, Peguam Kanan Persekutuan, Natrah Idris memaklumkan Hakim Azizah bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang memangku Menteri Dalam Negeri, memutuskan untuk menarik balik larangan ke atas buku itu berkuat kuasa 2 Ogos.

“Hakim juga membenarkan ganti rugi untuk dinilai oleh timbalan pendaftar,” katanya.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, mendapat kebenaran untuk semakan kehakiman pada 12 Februari lalu, dan ditetapkan pada Khamis (9 Ogos).

Dalam permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 2 Januari lalu, beliau menamakan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan sebagai responden.


Beliau memohon perintah certiorari untuk membatalkan larangan oleh Menteri Dalam Negeri di bawah Perintah Mesin Cetak dan Penerbitan (Kawalan Penerbitan Tidak Diingini) (No 29) Order 2017 dengan segera.

Beliau juga mahu satu perintah untuk diisytiharkan batal dan tidak sah kerana melanggar Perkara 5, 8 dan 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan. – mStar Online

Kategori