Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Azmin Disindir Cuma Fokus...

SINIS... Datuk Seri Najib Tun Razak persoal kecenderungan 'istimewa' Menteri Hal Ehwal Ekonomi,...

Jambatan Pulau Pinang Ditutup...

GEORGE TOWN – Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara pada 25 Nov (Ahad)...

Bekas Ratu Cantik Diugut...

ANCAMAN... Hanya kerana menyokong Barisan Nasional (BN), bekas ratu cantik Miss Malaysia Indian...

Vigneswaran Angkat Sumpah Yang...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden MIC Datuk S A Vigneswaran hari ini mengangkat...

Larangan Bersekutu Dengan Yahudi-Kristian

PADA 21 Julai 2017, Al-Quds Foundation Malaysia dan Aqsa Syarif serta badan bukan kerajaan menganjurkan perhimpunan secara aman bagi membantah penutupan Masjid al-Aqsa.

Ribuan rakyat Malaysia berarak dari Masjid Tabung Haji menuju ke kedutaan Amerika Syarikat (AS) mengibarkan semangat keadilan dengan membawa sepanduk ‘Selamatkan Palestin’ dan ‘Bebaskan Al-Aqsa’.

Jelas kelihatan umat Islam di negara ini membantah peranan AS yang menyokong rejim Israel biadab menindas penduduk Palestin.

Namun begitu, tidak ramai rakyat Malaysia yang menunjukkan ekspresi yang sama ketika pihak Kristian Evangelis bercadang menganjurkan sambutan Nations of the Golden Gate Alligning With Jerusalem Jubilee yang pernah dijadualkan berlangsung di Melaka pada 15-18 Jun lalu.

Bahkan, ada umat Islam sendiri yang mengecam tindakan kerajaan Melaka untuk membatalkan sambutan tersebut atas dasar hak kebebasan beragama.

Menurut Iain Buchanan di dalam bukunya yang bertajuk Sang Nila Utama & The Lion of Judah menyatakan, Kristian Evangelis percaya, Malaysia konon adalah The Golden Gate yang menghubungkan Kristian kepada Israel.

Puak Kristian mesra Zionist ini sebenarnya ada disebut di dalam al-Quran surah al-Maidah ayat 51:

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil Yahudi dan Kristian sebagai sekutu yang mana mereka sendiri merupakan sekutu antara satu sama lain. Dan barang siapa yang berpaling kepada mereka, sesungguhnya, dia adalah sebahagian daripada mereka.”

Ulama terkenal AS, Imran Nazar Hossein menjelaskan ayat ini bukan ditujukan kepada penganut Yahudi atau Kristian secara keseluruhannya. Tetapi golongan Yahudi dan Kristian yang bersekutu antara satu sama lain.


Al-Quran juga melarang umat Islam menjadikan mereka sebagai teman rapat atau sekutu.

Jika dilihat, sekiranya rakyat Malaysia berkobar-kobar menolak AS yang menyalur dana kepada Israel, mengapa tidak pula bagi isu Kristian Evangelis yang terang-terang menyokong gerakan Zionis dan cuba menghubungkan Israel dan Malaysia.

Golongan pengecam pembatalan sambutan itu berkata, tindakan tersebut tidak berkesan untuk dakwah di negara ini.

Sesungguhnya, terdapat banyak cara umat Islam untuk berdakwah tetapi kaedah bersekutu dengan menyokong Jerusalem Jubilee bukanlah pilihan tepat.

Oleh itu, umat Islam seharusnya menyedari kewujudan kumpulan mesra Zionis ini dan berjaga-jaga dengan percaturan mereka.

Kategori